Wednesday, October 31, 2012

Pengenalan


PENGENALAN
Melihat kepada kepincangan pembentukan modal insan di era ini yang makin mencabar dan kompleks, PROHOST Training & Consultancy ditubuhkan pada 22 Februari 2012 bagi merealisasikan hasrat negara dalam memajukan pembangunan modal insan. Ia merupakan sebuah syarikat perundingan yang menawarkan pelbagai bentuk program pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Syarikat ini hasil inisiatif perunding-perunding yang berhasrat membantu mengurangkan kepincangan pembangunan modal insan dengan kaedah profesional. Prinsip yang dipegang oleh perunding syarikat ini ialah perlaksanaan atau tawaran perkhidmatan yang dijalankan berteraskan kepada sikap yang professional yang menekankan aspek ketelusan (honest) dan kebijaksanaan (smart). Nama syarikat juga adalah cantuman unik perkataan professional, honest dan smart. Menyedari hakikat bahawa setiap daripada kita kini dalam era globalisasi yang sentiasa menguji akal dan emosi, oleh itu keperluan sokongan moral adalah sangat tinggi kerana tidak semua keluarga induk seseorang individu mampu memenuhinya. Rentetan itulah syarikat ini berhasrat dalam menjana pembangunan akal dan emosi setiap individu yang terlibat dengan pendekatan ‘soft-hearted’ dan perlaksanaan yang unik.